Monday 21 May 2018

Camne Nak Guna Pressure Cooker Noxxa Yang Best Ni?

Keterangan Periuk Noxxa. 

Periuk Tekanan Serbaguna Noxxa (Noxxa Multifunction Pressure Cooker) adalah periuk ajaib yang sedang trending masa kini. Periuk ini nampak seperti periuk nasi biasa. Tapi jangan terkejut jika periuk ni boleh menumis, menggoreng, masak stim, memanas, slow cook, defros, masak dalam tekanan tinggi dan rendah! Ya. Semua itu mampu dilakukan oleh periuk noxxa! 


Dahulu periuk seumpama ini telah ada tapi menggunakan gas LPG dengan fungsi yang terhad. Namun dengan peredaran masa, inovasi koil pemanasan elektrik dicipta dan sistem sensor serta kawalan automatik disatukan. Tadaa.. jadilah periuk Noxxa yang anda nampak sekarang. 


Sangat sesuai untuk ibu ibu yang suka memasak tetapi berkerjaya. Ibu yang berkerja menempuh jadual masa yang amat mencabar, 8 jam berkerja disiang hari, kemudian ambil anak anak disekolah, balik rumah malam melayan anak anak. Tenaga sudah habis untuk memasak jadi ramai yang beli makan malam diluar. Ini menyebabkan kos hidup menjadi tinggi. 


Dengan periuk noxxa, ibu ibu akan lebih gembira dan seronok memasak walaupun penat pulang dari kerja. Sebabnya periuk noxxa amat mudah digunakan, masakan jadi cepat siap, kurang kerja mengemas dapur, dapur bersih dan kurang bau dan macam macam kelebihan lain. Jika anda dalam kumpulan ibu ibu yang menggunakan noxxa, rasa ingin memasak akan lebih seronok dan teruja kerana ada rakan yang berkongsi resepi dan tips gunakan noxxa. 


Klik video ni. Layan jap

Periuk noxxa adalah pilihan bijak untuk ibu berkerjaya, ia akan mengurngkan kos makan malam dan lebih mengeratkan hubungan kekeluargaan. Cuba lah sekarang! 

Sunday 20 May 2018

RESEPI BIHUN GORENG NOXXA


Bahan-bahan:

Bahan kisar:

4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit cili kering (ikut kepedasan masing-masing)
Segenggam kecil ikan bilis di kisar
Sedikit sos tiram, sos cili dan kicap manis
Sedikit minyak utk menumis
Perencah ~ udang/sotong/daging/ayam/fishball
Sayur-sayuran
1 pek bihun 
Air dan garam secukupnya

Cara-cara:

1. Tekan stir fry, masukkan minyak dan tumis bahan kisar
2. Masukkan sos dan kicap juga bahan perencah, biar separuh masak
3. Masukkan bihun, garam dan air (anggaran 1/2 drp tinggi bihun)
4. Offkan stir fry, tutup periuk, tekan steam 2mins
5. Bila dh masak release pressure jika ada
6. Tekan stir fry semula utk keringkan sikit bihun. Kacau2 biar rata
7. Off stir fry, tekan reheat, biarkan bihun sekejap dlm keadaan reheat/ warm sebelum di angkat

RESEPI BUBUR LAMBOK NOXXA

Bahan-bahan:

2 cawan beras - dicuci dan tos
12 cawan air - nisbah beras:air 1:6
1 labu bawang besar - didadu
3 ulas bwg putih - dihiris
1 inci halia- dihiris
200 gm daging - dipotong kecil
200 gm isi udang - dipotong kecil
1 kotak santan
2 helai daun kunyit - dihiris halus( mcm bunga rampai tu)
200 gm udang kering - disangai dn kisar kering
Garam secukup rasa.
Bawang goreng utk hiasan

Cara-cara:

1. Masukkan beras , air, bawang merah, putih, halia, daging dan isi udang dlm periuk.
2. Guna High Pressure selama 30 minit.
3. Masa tamat, bebaskan tekanan
4. Tekan mod Stir Fry, masukkan hirisan daun kunyit, santan dan garam. Gaul rata dn renih.
5. Masukkn udang kering yang dikisar tadi dan gaul rata sebelum off button.
6. Hidang dengan bawang goreng.

RESEPI BUBUR KACANG NOXXA

Bahan-bahan:

2 cawan kacang hijau, cuci
1/2 cawan gula merah
3/4 cawan gula pasir
1 liter santan
2 cawan air (dimasak gula hingga larut dan tapis)
1 helai daun pandan
sedikit biji sagu
1/2 camca teh garam

Cara-cara:-

1. Rebus kacang hijau 10 minit (1 cwn kacang 6 cwn air), sedikit sagu.
2.Tekan fungsi high pressure 10x. Tekan butang merah.
3. Habis masa, off suis dan lepaskan tekanan.
4. Buka tudung. Tekan butang stir fry kemudian tekan butang merah.
5. Masukkan santan, garam dan gula serta daun pandan, kacau sampai agak pekat, tutup suis.

RESEPI APAM BALIK NOXXA



Bahan-bahan:

2 cawan tepung pulut
1/2 kilo atau nk sedap sekati santan
2 1/2 cawan gula merah
1/2 cawan gula putih
2 cawan air
3 helai daun pandan

Cara penyedian:-

1.Masak gula, air dan daun pandan sampai gula hancur.
2.Santan blender dengan tepung serta durian.
3.Campur semua bahan tadi dalam periuk dan steam 5 minit
4.Kemudian stir fry kalau sukatan sikit dalam 40 minit dan sukatan banyak selama 1 jam suku.

RESEPI DODOL NOXXA

Bahan-bahan:

2 cawan tepung pulut
1/2 kilo atau nk sedap sekati santan
2 1/2 cawan gula merah
1/2 cawan gula putih
2 cawan air
3 helai daun pandan

Cara penyedian:-

1.Masak gula, air dan daun pandan sampai gula hancur.
2.Santan blender dengan tepung serta durian.
3.Campur semua bahan tadi dalam periuk dan steam 5 minit
4.Kemudian stir fry kalau sukatan sikit dalam 40 minit dan sukatan banyak selama 1 jam suku.

RESEPI BINGKA PANDAN NOXXA

Bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
3 biji telor
2 cawan santan
1 cawan air pandan
2 sdb butter
1/2 sdt garam
Bijan utk tabur

Cara-cara:

1. Blend semua bahan kecuali bijan.
2. Lengser minyak dalam innerpot dan tuang adunan yg bertapis.
3. Tabur bijan atas adunan dan steam 25 minit.
4. Sejukkan baru potong.

RESEPI BINGKA JAGUNG NOXXA

Bahan-bahan:

1 cawan gula
1 3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung kastard
1 cawan santan pekat
2 cawan air
2 sdb butter
4 biji telur
Secubit garam
1 tin jagung krim manis
Bijan
Pewarna kuning

Penyediaannya:

1. Satukan semua bahan kecuali jagung krim dan bijan. Kisar sebati.
2. Tuang dlm mangkuk besar dan masuk jagung krim. Gaul sebati.
3. Masukkn adunan dalam innerpot yang telah dilengser minyak/butter.
4. Tabur bijan dan steam 25 minit.
5. Off suis biar 10 minit baru buka tudung dan keluarkan inner. Sejuk baru keluarkan bingka dari inner dan potong.

RESEPI KEK MARBLE NOXXA

Bahan-bahan: 

5 biji telur
1/2 cawan gula
1 sudu teh ovalet
1 sudu teh baking powder
2 cawan tepung gandum
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak sayuran/minyak masak
sedikit vanilla esen

Cara-cara

1.Pukul laju telur, gula, ovalet, susu pekat sehingga putih dan gebu.
2.Masukkan tepung gandum yang diayak dengan baking powder secara perlahan-lahan
3.Selang selikan dengan minyak
4.Kaup balikkan sehingga rata.
5.Bahagikan adunan kepada 2 bahagian, warnakan 1 bahagian dengan warna pilihan anda
6.Lapik inner periuk NOXXA dengan kertas minyak
7.Masukkan adunan secara selang seli warnanya 8.Tutup periuk dan hala tombol ke arah steam
9.ON periuk noxxa, STEAM selama 28 minit.

RESEPI KEK BUAH NOXXA


Bahan-bahan: 

225 gm Mentega 
340 gm gula pasir
50 gm air panas
500 gm Mixed Fruits/Buahan Campuran
3 biji telur saiz A (guna telur saiz B jer)
1 sk esen vanila

Bahan Ayak:

1 sk cream of tartar
2 sk soda bikarbonat
350 gm tepung gandum
1 sk serbuk Nutmeg/buah pala

Cara cara:

1.Masakkan gula pasir sampai perang dan tuangkan air perlahan lahan. Guna api kecil jer. 
2.Masukkan mentega/butter dan biarkan cair.
3.Masukkan pula mixed fruits dan biarkan mendidih seketika.
4.Ketepikan dan sejukkan sebentar.
5.Masukkan semua bahan ayak ke dalam bahan gula yang dimasak dan disejukkan tadi sedikit demi sedikit dan gaul dengan senduk kayu hingga rata dan sebati.
6.Masukkan adunan ke dalam bekas empat segi bersaiz 7"x7" yang telah dialas kertas kek dan dilenser dengan mentega.
7.Panaskan air dlm presure cooker~ set time 5 minit. Untuk panaskan air, letakkan tungku besi untuk alas loyang kek (air setara dengan tungku). Bila dah berhenti, masukkn loyang berisi kek yg ditutup dengan aluminium foil dan diikat tepinya supaya foil tdk terangkat.
8.Set time 90 minit pertama pada button presure dan bila tamat, set semula pada masa 30 minit.
9.Bila masa tamat, keluarkan wap, dan biarkan dulu hingga agak sejuk untuk loyang dikeluarkan.

KEK COKLAT LEMBAB NOXXA



Bahan-bahan: 

Bahan A

1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu coklat UHT(sejuk)
1 cawan minyak masak (Minyak mazola pun boleh)
1/2 cawan susu pekat manis

Bahan B

1 cawan tepung gandum
1 camt baking powder
1 camt soda bikarbonat
1 camt serbuk vanilla

Bahan C

3 biji telur (Gred A)

Cara-caranya

1. Masak bahan A dengan api perlahan sehingga larut, sejukkan.
2. Pukul telur sehingga kembang. Kalau takde mixer, pakai blender pun boleh.
3. Masukkan bahan A yang telah sejuk. Kacau sehingga rata.
4. Masukkan bahan B sedikit demi sedikit dan kacau rata lagi.
5. Tuangkan ke dalam periuk NOXXA, dan tekan butang steam selama 15 minit.

KEK SARANG SEMUT

Bahan-bahan: 

Bahan-bahan untuk gula hangus:-

3/4 cawan gula pasir
* 1/4 cawan gula perang (brown sugar)
1 cawan air
1 1/2 sudu besar mentega
1 sudu besar essence vanilla
* Boleh ganti gula pasir, jadikan 1 cawan gula pasir.
Cara membuat gula hangus:-
1. Masukkan gula pasir dan gula perang di dalam periuk. Gunakan api sederhana dan masak hingga gula cair dan betul-betul mendidih. Gula yang dimasak mestilah pekat, melekit dan gelap sedikit. Kacau selalu.
2. Selepas itu masukkan 1 cawan air sedikit-sedikit dan perlahan. Berhati-hati dengan percikan gula panas. Kacau dan biarkan di atas dapur sehingga mendidih.
3. Kemudian masukkan 1 1/2 sudu besar mentega dan essence vanilla serta kacau lagi sehingga mesra dan mendidih sekali lagi.
4. Tutup api dan alihkan ke bekas lain. Biarkan ia betul-betul sejuk.

Bahan-bahan untuk kek:-

4 biji telur
1/2 tin susu pekat
* 1 cawan tepung gandum - guna superfine MFM dalam kotak
* 1 sudu teh soda bicarbonate
Bahan * disatukan dan diayak

Cara-cara membuat adunan kek:-

1. Masukkan telur dalam mixer dan pukul hingga kembang. Bila telah kembang, masukkan 1/2 tin susu pekat manis dan kacau rata, sebati dan mesra.
2. Selepas itu masukkan tepung yang telah diayak bersama soda bicarbonate sedikit demi sedikit dan perlahan-lahan di dalam mixer. Gunakan kelajuan minimum.
3. Akhir sekali masukkan gula hangus yang telah sejuk tadi dan juga essence vanilla dan kacau lagi sehingga rata, sebati dan mesra.
4. Bila telah digaul rata, sebati dan mesra tuang dalam bekas bertutup. Biarkan 1 jam untuk mendapatkan lubang yang cantik.

Cara-cara mengukus:-

1. Gunting kertas minyak ukuran bulat saiz dasar periuk magic.
Sapukan sedikit mentega (greasekan) di atas kertas.
2. Masukkan kertas tersebut di dalam periuk. Tuang bancuhan kek ke atas kertas tadi.
3. Tekan fungsi "Steam" 20 minit dan tekan "On".
4. Sejukkan barulah potong.

RESEPI AYAM BAKAR LADA HITAM NOXXA

Bahan-bahan

2 bahagian paha ayam (paha + pinggul) cuci dan tos
2 sudu besar sos lada hitam
2 biji cili padi - cincang halus
2 ulas bawang putih - cincang halus
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar mayonis
1 biji perahan limau nipis
sedikit oregano
sedikit garam

Cara-cara

1.Perap semua bahan dengan ayam selama 5-7 jam di dalam peti ais
2.Masukkan ayam ke dalam periuk noxxa dan tuang lebihan perapan.
3.Tutup periuk, halakan tombol pressure.
4.Set butang high pressure selama 8 minit.
5.Setelah masak, bebaskan tekanan dengan menghalakan tombol kepada steam
6.Buka tudung dan tekan stir fry dan ON.
7.Masak sehingga kuah perapan tadi kering dan menyaluti ayam OFF dan sedia untuk dihidang

RESEPI AYAM PERCIK NOXXA

Bahan-bahan:

1 ekor ayam - di kerat pun boleh
Bawang besar
Bawang putih
Sedikit halia
3 batang serai
10 sudu besar cili kisar
1/2 cawan gula
1/2 kotak santan

Cara-cara:

1. Kisar bawang besar, bawang putih, halia, serai dan cili kisar.
2. Tumiskan dalam periuk Noxxa menggunakan mode STIR FRY.
3. Tumis sehinggah pecah minyak, selepas itu masukkan gula dan santan.
4. Masukkam seekor ayam atau ayam yang telah di potong tadi.
5. Ratakan kuah percik pada ayam dan tekan butang HIGH PRESSURE selama 10 minit.
6. Setelah siap 10 minit, STIR FRY selama 3 minit serta balikkan ayam tadi.
7. Siap untuk dihidangkan.

RESEPI DAGING GORENG KUNYIT NOXXA

Bahan-bahannya:

250 gram daging pinang – dipotong kecil
3 biji ubi kentang – dibuang kulit dan dipotong wedges
1/4 cawan air
1 biji bawang besar saiz besar – dihiris bulat
1 biji cili merah – dihiris serong
Garam dan gula secukup rasa

Bahan-bahan ditumis:

1 biji bawang besar saiz sederhana – dihiris
2 ulas bawang putih – dihiris
1 inci halia – dihiris
3 sudu besar minyak untuk menumis

Cara-caranya:

1. Gaul daging dengan serbuk kunyit dan satu sudu kecil garam. Perap selama 30 minit.
2. Masukkan minyak ke dalam periuk dalaman. Tekan fungsi STIR-FRY dan `ON’. Tidak perlu tudung periuk.
3. Apabila minyak telah panas, masukkan bahan-bahan tumis. Tumis sehingga bawang kekuningan.
4. Kemudian masukkan daging yang diperap tadi. Kacau sehingga bergaul rata. Masukkan sedikit air.
5. Off STIR FRY. Tudung periuk. Tekan fungsi HIGH PRESSURE 15 minit. Putar tombol ke arah PRESSURE. Tekan On.
6. Selepas 15 minit berlalu, daging pun empuk. Bebaskan wap. Putar tombol ke arah STEAM. Biar sehingga wap habis dibebaskan. Buka tudung dan kacau rata. Perasakan dengan garam dan gula.
7. Masukkan ubi kentang. Tekan fungsi STIR FRY dan on. Kacau rata dan biar kuah kering sedikit. Kemudian masukkan kacang buncis, bawang besar, dan cili merah. Off STIR FRY.
8. Tekan fungsi STEAM selama 3 minit. Putar tombol ke arah STEAM. Tekan butang on.
9. Selepas 3 minit berlalu, daging goreng kunyit telah boleh dihidangkan.

DAGING TUMIS NOXXA

Bahan-bahannya:

850 gram isi daging – dipotong ikut suka
2 biji bawang besar – dipotong bulat
Air secukupnya
3 sudu besar gula perang
Kerisik 350 gram
Tambahan gula putih secukup rasa
Garam secukup rasa
2 sudu besar kicap manis

Bahan-bahan dikisar (untuk perapkan daging):

1 1/2 cawan cili yang telah dikisar
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
15 gram halia muda
10 gram lengkuas
Sedikit belacan (sebesar hujung jari)
1 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk cili
2 sudu besar sos tomato puri
Air secukupnya

Bahan-bahan ditumis:

1 biji bawang besar – dihiris
1 batang serai – dititik
1 helai daun pandan – dikerat 3

Penyediaannya:

1. Daging diperap dengan bahan-bahan kisar selama lebih kurang 30 minit. Ketepikan.
2. Masukkan minyak secukupnya dalam periuk dalaman Noxxa. Tekan fungsi STIR FRY dan on. Bila minyak telah panas, masukkan bahan-bahan tumisan.
3. Tumis sehingga naik bau dan bawang kekuningan. Off fungsi STIR FRY.
4. Kemudian masukkan perapan daging tadi dan kacau rata. Masukkan sedikit air. Tutup periuk dan putar tombol (cap) ke arah PRESSURE. Tekan Fungsi High Pressure 30 minit dan On.
5. Selepas masa tamat, putar tombol ke arah STEAM untuk melepaskan wap. Selepas habis semua wap dilepaskan, buka tudung periuk . Kacau rata. Off fungsi HIGH PRESSURE. (Masa ini daging telah empuk tetapi kuah masih belum kering).
6. Masukkan kerisik, gula perang, gula putih, garam, dan kicap. Kacau rata. Tekan fungsi STIR FRY dan On. Biarkan ia mendidih sehingga kuah kering sedikit. Akhir sekali masukkan bawang besar yang dipotong bulat dan dikaup balikkan. Off STIR FRY.
7. Siap untuk dihidangkan.

KARI TULANG LEMBU

Bahan A:

1 kg. tulang lembu tempatan (pilih tulang lembu yang ada isi)
2 cawan pati santan
4 - 5 biji kentang
2 biji tomato - dibelah 2
2 biji cili hijau
Garam dan gula secukup rasa
Bahan B:

(disatukan di dalam blender dan dikisar, dijadikan pes)
4 sudu besar serbuk daging pedas BABAS
1 sudu besar serbuk cili
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
1/2 sudu teh serbuk jintan putih
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
Air secukupnya

Bahan C: Menumis

3 biji bawang merah (bawang kecil) - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
1 inci halia - dihiris
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 batang serai dititik
2 tangkai daun kari
Minyak secukupnya

Penyediaannya:

1. Perap tulang daging lembu dengan Bahan B selama 1 jam. Letakkan 1 sudu teh gula.

Cara-cara Memasak Menggunakan Periuk Noxxa:

1. Masukkan minyak secukupnya ke dalam periuk. Tekan fungsi STIR FRY' dan tunggu sehingga minyak panas.
2. Selepas minyak panas, masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, dan serai. Selepas naik bau, masukkan bawang merah, bawang putih, halia, dan daun kari. Tumis sehingga bawang kekuningan.
3. Kemudian masukkan tulang daging lembu yang diperap dengan rempah tadi dan gaul rata. Masak sehingga pecah minyak. 4. Setelah pecah minyak, masukkan santan dan kacau rata. Perasakan dengan garam dan gula.
5. Off fungsi stir fry. Set fungsi HIGH PRESSURE 30 minit. Tutup periuk dan set cap ke PRESSURE. Tekan on.
6. Selepas 30 minit berlalu, release steam. Alihkan cap ke STEAM. Biarkan wap keluar habis, baru tudung periuk boleh dibuka.
7. Buka tudung dan kacau rata. Kemudian masukkan ubi kentang, Guna fungsi `LOW PRESSURE', Set 2 minit tanpa perlu menutup periuk.
8. Selepas dua minit berlalu dan ubi kentang pun telah empuk, masukkan tomato dan cili hijau. Kacau rata dan biarkan seketika di dalam periuk sebelum dipindahkan ke bekas lain.
9. Sekiranya anda inginkan kari berada di dalam periuk Noxxa dan senantiasa berada dalam keadaan panas, bolehlah guna fungsi `WARM/REHEAT'.

RENDANG AYAM PEDAS NOXXA

Bahan-bahan

1.5 kg. daging ayam
1/2 kilo santan pekat
150 gram kerisik
2 batang serai - diketuk
2 helai daun kunyit - dihiris halus
Beberapa helai daun limau purut
2 keping asam gelugor
2 sudu besar gula perang
Garam secukup rasa

Bahan-bahan dikisar:

4 senduk nasi cili kering kisar
3 biji buah keras
3 biji bawang besar saiz sederhana
10 gram bawang putih
20 gram lengkuas
50 gram kunyit hidup
20 gram halia muda
4 batang serai - dihiris
10 gram cili padi
Air secukupnya
(Bahan-bahan di atas disatukan di dalam blender dan dikisar halus)

Penyediaannya:

1. Masukkan semua bahan yang dikisar di dalam periuk dalaman.
2. Kemudian masukkan ayam dan serai yang dititik.
3. Masukkan santan pekat.
4. Kacau rata dengan menggunakan senduk kayu atau senduk plastik.
5. Tutup periuk dan putar tombol pengawal tekanan ke PRESSURE.
6. Sentuh fungsi HIGH PRESSURE dan masukkan 8 minit. Sentuh butang ON.
7. Selepas 8 minit berlalu, putar tombol pengawal tekanan ke STEAM. Tujuannya adalah untuk membebaskan wap dan membolehkan tudung boleh dibuka (sekiranya wap tidak dibebaskan, tudung tidak boleh dibuka). Sentuh butang OFF. Tanggalkan tudung.
4. Kacau rata. Pada masa ini kondisi ayam telah empuk tetapi masih berkuah. Masukkan daun kunyit, daun limau purut, asam gelugor, kerisik, gula perang dan garam secukup rasa.
5. Sentuh STIR-FRY, dan tekan ON. Masak sehingga kuah kering (ikut citarasa masing-masing).
6. Selepas kuah agak kering, tekan butang OFF.
7. Rendang pedas ayam ini boleh dialihkan ke periuk lain atau biarkan sahaja di dalam periuk Noxxa. Sekira inginkan rendang berada dalam keadaan panas bolehlah guna fungsi WARM-REHEAT.

RESEPI NASI AYAM HAINAN

Bahan untuk rebus ayam:

1/2 ekor ayam
Air ~ mesti cukup untuk tenggelamkan ayam
Garam
Serbuk pati ayam ~ kalau suka
1 inci halia ~ diketuk

Cara penyediaanya: -

1.Masuk semua bahan ke dalam periuk Noxxa. Pastikan periuk tertutup rapat dan set pada STEAM pada tombol laras bahagian atas penutup periuk.
2.Tekan button STEAM pada periuk dan setkan timer selama 5 minit. Tunggu sampai masa tamat dan keluarkan ayam dari periuk.
3.Guna air rebusan ayam untuk memasak nasi dan sup.

Untuk nasi:
2 cawan beras
3 cawan air rebusan ayam - jika beras lembut kurangkan airnya bergantung kpd jenis beras yg digunakan
2 ulas bawang putih - ditumbuk*
1 inci halia - ditumbuk*
Garam*
1 sudu besar majerin*
1 sudu besar minyak masak*
sedikit kulit kayu manis*
daun pandan*
sedikit pati nasi ayam hainan (jika suka)*

Cara penyediaan:

1.Beras dibersihkan kemudian ditoskan.
2.Panaskan majerin dan minyak, masukkan bahan-bahan tumbuk kemudian goreng hingga wangi.
3.Masukkan beras, goreng beras sebentar baru masukkan air rebusan ayam dan garam.
4.Pastikan periuk ditutup rapat.
5.Setkan STEAM pada tombol atas periuk dan tekan button STEAM pada periuk.
6.Setkan timer kepada 10 minit. Biarkan sehingga masak.

Untuk sup:

Air rebusan ayam
Daun sup ~ dihiris boleh juga bubuh sedikit sayur kobis jika suka.

Cara penyediaan:

1.Air rebusan ayam tadi dididihkan.
2.Letaklah garam secukup rasa. Hidangkan bersama hirisan daun sup dan bawang goreng jika suka.

Untuk sos cili:

10 biji cili merah
1 inci halia
2 ulas bawang putih
1 sudu besar gula
Garam
2 sudu besar jus limau nipis
1/2 botol sos thai

Cara penyediaan:

1.Kisar cili merah, halia. bawang putih dan jus limau.
2.Masakkan dalam periuk. Masukkan gula, garam dan sos thai.
3.Tumis seketika ( jika suka)

Untuk sos kicap:

2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
3 sudu besar kicap manis
5 sudu besar air rebusan ayam
1 sudu besar gula

Cara penyediaan: 
Campurkan semua bahan dan masak di atas dapur sehingga mendidih. 

NASI DAGANG


Bahan-bahan: 

1. Beras biasa (3 cawan) + Beras pulut (1 cawan) kalau pakai beras nasi dagang, abaikan yang ni.
2. Santan (500g)
3. Garam
4. Halia (dimayam halus)
5. Halba (2 sudu)
6. Bawang putih dan merah

Cara masak:

1) Basuh beras, masukkan dalam periuk. masukkan air separas beras. Boleh masukkan santan sikit. dalam 50g atau 100g santan.
2) Set Pressure 7 minit.
3) Bila masa dah tamat, biar sekejap. Lepas tu keluarkan tekanan.
4) Masukkan santan yang dah dicampurkan garam, halba, halia, bawang. kacau hingga sebati dan santan meresap ke semua bahagian. kalau susah nak kacau dalam periuk, masukkan nasi ke dalam bekas yang lebih besar.
5) Nasi dagang siap dihidangkan.

RESEPI NASI ARAB MANDY

Bahan-bahan ayam:

1 ekor ayam. Belah 4 cuci bersih
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk kabsah ( kalau tak de gantikan dengan rempah campuran)
Garam
Sedikit warna kuning/saffron
Cara-cara penyediaan ayam:

Gaulkan ayam dengan semua bahan rempah,garam dan pewarna kuning. 

Nasi

4 cawan beras basmathi di rendam 30 minit, basuh dan toskan. 
3 sudu minyak zaitun / minyak sapi.
4 cawan 1/2 air
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia ( semua ini dimesin halus)
1/3 cawan kismis
Rempah tumis -kayu manis. Bunga lawang. Pelaga. Bunga cengkih Sedikit kunyit/ pewarna kuning
Garam secukup rasa

Cara penyediaan Nasi Mandy Ayam

1. Tumis bahan mesin dan rempah tumis. Masukkan beras dan kacau sedikit.
2. Masukkan air serta garam dan kunyit. Akhirnya susun ayam diatas dan tutup. 
3. Tukar tombol ke arah PRESSURE dan tekan HIGH PRESSURE 7 minit dan ON. 
4. Selepas selesai 7 minit tunggu lebih kurang 3 minit, tukar tombol kepada STEAM tekan OFF. 
5. Buka penutup keluarkan ayam perlahan-lahan.
6. Kacau sedikit nasi biar sebati dan boleh lah letak kembali ayam di atas nasi.

Sos

1 biji tomato -hiris
5 biji cili besar hijau/cili padi
1 tangkai ketumbar
Garam
Gula
Perahan lemon
(Semua bahan ini dimesin halus)

RESEPI NASI TOMATO

Bahan-bahan:

1 kg. beras biasa bersamaan 5 cawan beras
¼ tin Kimball Tomato Soup – (Tomato Soup tin 425g)
1 ½ sudu besar Kimball Tomato Puree
¼ tin susu cair
3 sudu besar serbuk badam
Air mengikut sukatan beras 1 nisbah 1 (1:1)

Bahan-bahan Tumis:

1 ½ sudu besar minyak sapi
1 batang kayu manis 3”
1 helai daun pandan dikerat 4 inci
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
1 biji bawang besar dihiris
½ sudu besar pes (kisar) bawang putih dan halia
½ sudu besar pes (kisar) bawang besar
½ sudu besar gula pasir
20 gram buah kismis

Cara-cara Memasak Menggunakan Periuk Noxxa:

1. Tekan fungsi `STIR FRY’ dan On. Masukkan minyak sapi.
2. Bila minyak panas, masukkan kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, dan kismis. Seterusnya masukkan pes bawang putih dan halia kisar, bawang kisar dan daun pandan.
3. Bila tumisan mula keluarkan bau yang harum, masukkan Kimball Tomato Soup, Kimball Tomato Puree, susu cair, serbuk buah badam, dan air yang telah disukat. Masukkan gula dan garam secukupnya. Rasa kemasinan air. Biarkan air mendidih.
4. Apabila air mula mendidih, masukkan beras dan kacau perlahan.
5. Off fungsi STIR FRY. Tutup periuk. Putar tombol ke arah `PRESSURE’. Tekan fungsi `HIGH PRESSURE’ 10x (10 minit) dan On.
6. Selepas tamat masa, putar tombol ke arah `STEAM’ untuk keluarkan wap.
7. Selepas habis wap dikeluarkan, buka tudung. Ambil chopstick dan buat beberapa lubang kecil pada nasi. Masukkan beberapa titis pewarna kuning (yellow egg) ke dalam setiap lubang tadi. Kemudian gaul rata.
8. Biarkan dalam status WARM/PRE-HEAT untuk nasi senantiasa panas. 

RESEPI NASI GORENG UDANG


Bahan-bahan:

1 labu bawang besar
1 ulas bawang putih
1 paket Perencah Nasi Goreng (kalau buat sendiri lagi bagus)
1 mangkuk mix vagie (frozen) @ sayur yang digemari
1 mangkuk udang (ikut suka nak letak apa)
2 cawan beras (dibasuh & toskan)
3 cawan air (sukatan mcm masak nasi biasa)

Caranya:

1.Tekan butang stir fry & panaskan minyak
2.Tumiskan bawang & masukkan perecah serta sedikit garam.
3.Masukkan beras , mix vagie, udang & air secukupnya serta tutup periuk
4.Tekan butang high pressure selama 6 minit 5.Selesai masak,biarkan selama 5 minit.
6.Buka tudung periuk & kacau nasi. Siap untuk dihidangkan.

RESEPI NASI LEMAK NOXXA


Bahan-bahan: 

3 cawan beras - dicuci
1 cawan santan kelapa
3 cawan air
1 inci halia - dihiris atau dititik
1 labu bawang - dihiris kasar
1 batang serai - dititik
2 helai daun pandan
Garam secukup rasa.
Cara-caranya:

1. Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk Noxxa.
2. Pastikan tombol berada pada pressure.
3. Tekan High Pressure. Setkan pada 7minit.
4. Tekan ON.
5. Selepas 7 minit siap untuk dihidangkan.