Sunday, 20 May 2018
KEK COKLAT LEMBAB NOXXA
Bahan-bahan:
Bahan A
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu coklat UHT(sejuk)
1 cawan minyak masak (Minyak mazola pun boleh)
1/2 cawan susu pekat manis
Bahan B
1 cawan tepung gandum
1 camt baking powder
1 camt soda bikarbonat
1 camt serbuk vanilla
Bahan C
3 biji telur (Gred A)
Cara-caranya
1. Masak bahan A dengan api perlahan sehingga larut, sejukkan.
2. Pukul telur sehingga kembang. Kalau takde mixer, pakai blender pun boleh.
3. Masukkan bahan A yang telah sejuk. Kacau sehingga rata.
4. Masukkan bahan B sedikit demi sedikit dan kacau rata lagi.
5. Tuangkan ke dalam periuk NOXXA, dan tekan butang steam selama 15 minit.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Assalamualaikum. Tumpang tanya. Masa msk kek tu, periuk Noxxa berbunyi beep byk kali. Memang berbunyi ke? Masa saya msk sup daging, x ada bunyi beep ni. Bila 15 minit saya msk kek tu, angkat,kek baru separuh msk. Kenapa ya
ReplyDelete