Sunday 20 May 2018

RESEPI DAGING GORENG KUNYIT NOXXA

Bahan-bahannya:

250 gram daging pinang – dipotong kecil
3 biji ubi kentang – dibuang kulit dan dipotong wedges
1/4 cawan air
1 biji bawang besar saiz besar – dihiris bulat
1 biji cili merah – dihiris serong
Garam dan gula secukup rasa

Bahan-bahan ditumis:

1 biji bawang besar saiz sederhana – dihiris
2 ulas bawang putih – dihiris
1 inci halia – dihiris
3 sudu besar minyak untuk menumis

Cara-caranya:

1. Gaul daging dengan serbuk kunyit dan satu sudu kecil garam. Perap selama 30 minit.
2. Masukkan minyak ke dalam periuk dalaman. Tekan fungsi STIR-FRY dan `ON’. Tidak perlu tudung periuk.
3. Apabila minyak telah panas, masukkan bahan-bahan tumis. Tumis sehingga bawang kekuningan.
4. Kemudian masukkan daging yang diperap tadi. Kacau sehingga bergaul rata. Masukkan sedikit air.
5. Off STIR FRY. Tudung periuk. Tekan fungsi HIGH PRESSURE 15 minit. Putar tombol ke arah PRESSURE. Tekan On.
6. Selepas 15 minit berlalu, daging pun empuk. Bebaskan wap. Putar tombol ke arah STEAM. Biar sehingga wap habis dibebaskan. Buka tudung dan kacau rata. Perasakan dengan garam dan gula.
7. Masukkan ubi kentang. Tekan fungsi STIR FRY dan on. Kacau rata dan biar kuah kering sedikit. Kemudian masukkan kacang buncis, bawang besar, dan cili merah. Off STIR FRY.
8. Tekan fungsi STEAM selama 3 minit. Putar tombol ke arah STEAM. Tekan butang on.
9. Selepas 3 minit berlalu, daging goreng kunyit telah boleh dihidangkan.

No comments:

Post a Comment