Sunday 20 May 2018

KEK SARANG SEMUT

Bahan-bahan: 

Bahan-bahan untuk gula hangus:-

3/4 cawan gula pasir
* 1/4 cawan gula perang (brown sugar)
1 cawan air
1 1/2 sudu besar mentega
1 sudu besar essence vanilla
* Boleh ganti gula pasir, jadikan 1 cawan gula pasir.
Cara membuat gula hangus:-
1. Masukkan gula pasir dan gula perang di dalam periuk. Gunakan api sederhana dan masak hingga gula cair dan betul-betul mendidih. Gula yang dimasak mestilah pekat, melekit dan gelap sedikit. Kacau selalu.
2. Selepas itu masukkan 1 cawan air sedikit-sedikit dan perlahan. Berhati-hati dengan percikan gula panas. Kacau dan biarkan di atas dapur sehingga mendidih.
3. Kemudian masukkan 1 1/2 sudu besar mentega dan essence vanilla serta kacau lagi sehingga mesra dan mendidih sekali lagi.
4. Tutup api dan alihkan ke bekas lain. Biarkan ia betul-betul sejuk.

Bahan-bahan untuk kek:-

4 biji telur
1/2 tin susu pekat
* 1 cawan tepung gandum - guna superfine MFM dalam kotak
* 1 sudu teh soda bicarbonate
Bahan * disatukan dan diayak

Cara-cara membuat adunan kek:-

1. Masukkan telur dalam mixer dan pukul hingga kembang. Bila telah kembang, masukkan 1/2 tin susu pekat manis dan kacau rata, sebati dan mesra.
2. Selepas itu masukkan tepung yang telah diayak bersama soda bicarbonate sedikit demi sedikit dan perlahan-lahan di dalam mixer. Gunakan kelajuan minimum.
3. Akhir sekali masukkan gula hangus yang telah sejuk tadi dan juga essence vanilla dan kacau lagi sehingga rata, sebati dan mesra.
4. Bila telah digaul rata, sebati dan mesra tuang dalam bekas bertutup. Biarkan 1 jam untuk mendapatkan lubang yang cantik.

Cara-cara mengukus:-

1. Gunting kertas minyak ukuran bulat saiz dasar periuk magic.
Sapukan sedikit mentega (greasekan) di atas kertas.
2. Masukkan kertas tersebut di dalam periuk. Tuang bancuhan kek ke atas kertas tadi.
3. Tekan fungsi "Steam" 20 minit dan tekan "On".
4. Sejukkan barulah potong.

No comments:

Post a Comment