Sunday 20 May 2018

KARI TULANG LEMBU

Bahan A:

1 kg. tulang lembu tempatan (pilih tulang lembu yang ada isi)
2 cawan pati santan
4 - 5 biji kentang
2 biji tomato - dibelah 2
2 biji cili hijau
Garam dan gula secukup rasa
Bahan B:

(disatukan di dalam blender dan dikisar, dijadikan pes)
4 sudu besar serbuk daging pedas BABAS
1 sudu besar serbuk cili
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
1/2 sudu teh serbuk jintan putih
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
Air secukupnya

Bahan C: Menumis

3 biji bawang merah (bawang kecil) - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
1 inci halia - dihiris
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 batang serai dititik
2 tangkai daun kari
Minyak secukupnya

Penyediaannya:

1. Perap tulang daging lembu dengan Bahan B selama 1 jam. Letakkan 1 sudu teh gula.

Cara-cara Memasak Menggunakan Periuk Noxxa:

1. Masukkan minyak secukupnya ke dalam periuk. Tekan fungsi STIR FRY' dan tunggu sehingga minyak panas.
2. Selepas minyak panas, masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, dan serai. Selepas naik bau, masukkan bawang merah, bawang putih, halia, dan daun kari. Tumis sehingga bawang kekuningan.
3. Kemudian masukkan tulang daging lembu yang diperap dengan rempah tadi dan gaul rata. Masak sehingga pecah minyak. 4. Setelah pecah minyak, masukkan santan dan kacau rata. Perasakan dengan garam dan gula.
5. Off fungsi stir fry. Set fungsi HIGH PRESSURE 30 minit. Tutup periuk dan set cap ke PRESSURE. Tekan on.
6. Selepas 30 minit berlalu, release steam. Alihkan cap ke STEAM. Biarkan wap keluar habis, baru tudung periuk boleh dibuka.
7. Buka tudung dan kacau rata. Kemudian masukkan ubi kentang, Guna fungsi `LOW PRESSURE', Set 2 minit tanpa perlu menutup periuk.
8. Selepas dua minit berlalu dan ubi kentang pun telah empuk, masukkan tomato dan cili hijau. Kacau rata dan biarkan seketika di dalam periuk sebelum dipindahkan ke bekas lain.
9. Sekiranya anda inginkan kari berada di dalam periuk Noxxa dan senantiasa berada dalam keadaan panas, bolehlah guna fungsi `WARM/REHEAT'.

No comments:

Post a Comment